Sunday, 14 December 2008

separuh jalan...?

kalau ikut gaya para penggiat nasyid, tentunya diorang kata ini tentang cinta.

iyelah, cinta kan luas.

(bagi saya sekarang ungkapan sebegitu sudah tidak mampu mengelirukan ramai orang lagi malah ada yang naik menyampah sebab mereka pula yang sepatutnya berdakwah menjadi leka dengan propaganda yang sudah mati)


jadi, anda rasa separuh jalan ni tentang cinta? sebab hampir sama dengan ungkapan kekasih separuh masa?


ekkk...salah.


separuh jalan dalam kes ni adalah isu keberanian orang kita. hero separuh jalan.


diorang ni wujud sebelum atau semasa berlaku kejadian. kemudian mereka muncul di khalayak ramai selepas kejadian berlaku.


contoh bukan rekaan:


Februari 1998 - "SEBENARNYA, adik-adik awak masih hidup dan saya nampak diorang panggil saya untuk diselamatkan dari api yang menjilat rumah awak. Tapi saya tak mampu berbuat apa-apa sebab api sangat besar".


Jun 2008 - "SEBENARNYA, saya pun ada memerhati dan agak yang orang tu memang merancang nak curi komputer riba saudari sebab dia biasa ke sini...".


Disember 2008 - "SEBENARNYA, saya ada lalu tempat orang ramai tadi tapi tak berhenti sebab INGATKAN takde kaitan. Rupa-rupanya anak akak yang meninggal di tepi jalan tu".


*


Kita tak nafikan ada keinginan untuk orang ni menolong. Tapi dari sudut lain pula, orang begini saja nak cari modal untuk bercerita. Dalam masa yang sama mengangkat bakul (dalam bahasa Arab dipanggil 'fakhrun').


Niat orang, kita tak berhak dan tak mampu nilai sama ada jujur atau tak. Tapi hakikatnya, apa orang begini kata, terutamanya selepas berlaku insiden hanyalah penambah kekecewaan ahli keluarga mangsa atau orang yang terkena musibah itu sendiri.


Cuba balik kepada tiga dialog hero separuh jalan tadi.


seperti yang dikatakan tadi, ayat begini yang memang akan diungkapkan oleh hero separuh jalan hanyalah penambah kecewa.


kecewa maknanya kesal. kesal maknanya mahu masa berputar kembali.


dan, apa istilah yang biasa dipakai orang kesal?


"KALAU"


ketahuilah, 'kalau' membuka pintu syaitan. sebab? perasaan negatif berhiba itu tandanya hati berat menerima kenyataan. ya, bukan mudah menerima musibah. tapi, menurut ajaran asas dalam islam, rukun iman terakhir ialah 'BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR'.


Masalahnya, kalau dapat benda baik, mudahnya keluar perkataan, "yes!", bukan alhamdulillah. Apatah lagi kalau takdirnya tak baik dan tak disukai, lafaznya, "ohhh.. huh..", bukan "alhamdulillah, innalillah".


maka dengan itu, ketahuilah juga bahawa segala perkara yang berlaku dalam hidup kita adalah takdir-Nya. maknanya, kalau terkena musibah, cubalah, tahan-tahanlah berhiba sebab syaitan suka malah kita mensia-siakan peluang untuk melengkapkan iman.


ingat lagu ni, "...ada ujian yang datang melanda, ada perangkap menunggu mangsa".


*


tadi baru je hal respon terhadap kata-kata hero separuh jalan.


hero separuh jalan tak boleh lepas tangan. jangan sebab nasihat dan hakikat yang diberikan tadi menjadi sebab anda terus mencanangkan diri sebagai hero separuh jalan. Bukan mudah menelan kepahitan. Sudahlah sedih menerima musibah, kata-kata hero separuh jalan mudahnya menggugah perasaan.


jadi, pendek kata, baik DIAM.


bukankah lebih bagus kalau ada orang meninggal, kita bacakan al-fatihah dan memuji si mati, daripada mencanangkan kisah begitu? tiada gunanya sebab tiada kebaikan pun boleh berlaku. ingat, menurut maksud hadith, 'kalau tiada perkara baik yang boleh dikatakan, lebih baik diam sahaja'.


***