Friday 18 December 2009

NIRVANA

1. BENAR:

'kalau ada bendanya, mesti ada namanya,

kalau ada isinya, mestilah ada bekasnya'



- Oh, anak! nyanyian M. Nasir (Phoenix Bangkit)


2. MESTIKAH..?

benda itu sesuatu yang boleh dilihat, atau dirasai pancaindera manusia.


3. BAGAIMANA jika...?

Kosong itu wujud tanpa bekas - masakan ia tersentuh, terlihat, terhidu.

Perasaan pun tidak mampu merasainya.


*

Sedang meladeni NIRVANA.

***

Wednesday 4 November 2009

di dalam kelas yang menunggu...

BERBAGAI-BAGAI perkara mahupun fenomena yang boleh disaksikan dengan pancaindera kita dijadikan metafora untuk meringkaskan sebuah perihal - KEHIDUPAN.

Saya pula cuba menyimpulkan kehidupan dari sudut ilmu. Memang ini yang berlegar di fikiran saya usai menduduki kertas pertama ujian hujung semester.

Usaha itu satu keperluan yang tinggi dalam mendapatkan sesuatu. Tidak kiralah usaha yang bagaimana, dalam bentuk apa. Yang penting, masa. Bertindak awal tidak cukup untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, tetapi perancangan juga dinamakan usaha. Perancangan menzahirkan niat hati untuk mendapatkan sesuatu dengan usaha.

Tapi, bukan ke situ tujuan saya. Ini klise. Anda semua tentu lebih arif tentang usaha.

*
Begini.

Berbalik kepada metafora tadi. Saya mengandaikan kehidupan seperti sebuah kelas. Ada silibus untuk pemudah timba ilmu, ada sesi perbincangan untuk berkongsi pemahaman dan pendapat. Sesi paling penting adalah peperiksaan. Ujian. Ada yang suka meminjam istilah dari padang pasir memanggilnya 'imtihan'.

Andai kehidupan ibarat kelas, maka ujian dalam kehidupan adalah hari perhitungan. Ya, bagi yang percaya pada konsep telos, hari perhitungan merupakan hari penting bagi setiap insan.

Latihan dalam kelas pula, saya andaikan seperti perjalanan hidup manusia. Ini melibatkan setiap perkara yang dilakukan. Maknanya manusia akan buat mengikut apa yang dia ingat dan faham semasa belajar di kelas.

*
Menyebut konsep telos, sudah tentu saya bercakap tentang diri kita yang berakhir dan menemui pengakhiran khususnya di dunia. Manusia kekal - usah dikelirukan oleh mati. Mati sekadar jambatan ke alam seterusnya. Cuma tidak pasti dengan tepat bagaimana kehidupan kita selepas mati. Tambahan pula, mati itu juga ibarat terjun dari tembok tinggi yang kita panjat. Badan semacam berat teramat kerana malar melanggar etika umat; menyebabkan momentum kejatuhan tinggi, hebat. Kalau kita berpaut dengan Pencipta, semakin kuat pautan kita, semakin kita rasa mudah untuk merasai terjunan dari tembok tinggi.

Saya ada menyebut tentang perjalanan hidup. Itu, secara 'time-order'-nya, berjalan dahulu, baru berhenti. Berhenti tidak berlaku tanpa berjalan.

Begini, ini sebenarnya khusus untuk yang belajar, termasuklah yang mendalami secara informal akan bidang agama. Agama Islam. Agama saya.

~Anggapan kebanyakan orang, walaupun majoriti, sebenarnya tidak tentu benar. Malangnya ini hampir-hampir menjadi konformiti. Oleh demikian, usah biarkan diri diracun konformiti~

Perkara yang hampir-hampir menjadi konformiti tadi adalah 'mata pelajaran agama Islam senang sahaja'. Benarnya ada. Di atas kertas, di dinding nurani ustaz dan ustazah - memang senang hendak mendapat markah tinggi dalam ujian mata pelajaran ini. Jadi, ramai menganggap mata pelajaran itu senang. Memang senang. Tapi, kesusahannya berlipat ganda jika kita selami sebuah hakikat. Cuba bawa ajaran dalam kelas pendidikan Islam ke dalam kehidupan harian, atau saksikan perbuatan kebanyakan orang.

Cuba terbalikkan pandangan - cari seorang yang secara kasarnya tidak menuruti ajaran agama Islam: tak pakai tudung, kaki botol (contoh ekstrim; sekadar pemudah): kebanyakan mereka lulus perkara asas agama. Tanyalah mereka soalan pelajar sekolah rendah. Tanyalah sejarah. Jadi, perkara yang kita fikir tidak ada, sebenarnya ada. Otak penyimpan ilmu agama, tidak lebih dari itu.

Itu baru ajaran asas. Bagi yang mendalami ilmu agama - wujud percambahan ide atau perkaitan kukuh dengan agama: falsafah, bahasa, budaya, sains... semualah.

Tidak salah. Cuma beringat; menuntut ilmu agama, ada hukum kekal (permanent legalism) sepatutnya dipelajari dan dikaji seperti mana kita menekuni ilmu kalam. Belok ke kanan, atau ke kiri, berpusing-pusing atau bersimpul, sambil melompat mahupun terbang - asalkan hujungnya sama. Jadi, ini menjalinkannya dengan satu lagi perkara penting yakni berguru dalam menuntut ilmu. Ini boleh mengurangkan malah mengelakkan lahirnya cerdik-pandai yang memandai-mandai.

*
Berbalik kepada ujian tadi, ya. Ini memang mudah ditaip, tetapi sukar dibuat. Sungguh. Kalau dalam peperiksaan di kelas (kelas nyata / makna asal) kita tidak lulus, usah risau. Lulus di atas kertas bukan satu-satunya bukti kejayaan kerana kehidupan selepas mati lebih mementingkan ujian selepas mati. Hidup ini singkat -- seperti hari-hari terakhir menunggu tibanya detik peperiksaan.

***

Thursday 29 October 2009

teka-teki


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~YOU HAVE THE ROOT, BUT YOU DON'T HAVE IT~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



need any clue? wehehe

***

Sunday 25 October 2009

jahat dan mencantikkan kejelikan

Hanya kerana kamu terlibat, kamu jahat;
-----kalau kamu didesak, kamu jahat;
----------kalau kamu mendesak, kamu jahat;
---------------kalau kamu mahu bertindak, kamu rasa kamu jahat.
--------------------kamulah orang ketiga.

"It is such an
outstanding strength of consensus which has become conformity, yet culture. Don't be stupid. Let the people who never be in your shoes proceed with their stupidity."

*
Kalau ini umumnya isu triad; bolehlah jawab. Barangkali. Barangkali. Barangkali. [kalau ada kesempatan, saya ajak semua ladeni isu teori triad - rujuk ilmu sosiologi].

Tapi, ..............................

...............................kalau ini isu hubungan kekasih?

Baiklah. Cuba teori ini, menurut Ibn Sina, teori kuasa minda sangat kuat (dan sebenarnya beliau lebih awal menemui teori kuasa minda sebelum popularnya
Law of Attraction): PERCAYA (hendak hasil positif, fikir positif).

Kemudian, kaitkan dengan cabaran hidup yang dinyatakan di atas.
=
--> ada segunung debu di hadapan mata (cabaran);
--> kalau kamu mahu belajar sesuatu agar debu itu menjadi bermakna, teruskan. Ia sukar tapi, kesukaran itu menjanjikan kamu segunung butiran permata.


*
By the way ~ what is the meaning of JAHAT?


***

Monday 19 October 2009

Ikut Hati, Mati...

HUMANISM is a very gentle ideology which it allows their people to share variety ethical theory and practice, as long as they are reasonable and scientific.

Human fulfillment in the natural world is natural. Just follow the nature. Easy.

It is a --- generalized human nature.

Yes. It is good.

You can eat anything you want (whether there are maggots in the meat), whenever you are hungry.

You can say anything and anyway you desire whenever you feel that you have something important (?) to speak about.

You have the right to follow you heart.

The world is yours.

*
Imagine...

You are married and you love your wife very much. You both are happy. It means that there is no major problem in your marriage.

One day, she requests something, "dear, I am asking for divorce".

Your soft and gentle heart turns into a cold, hard ice cube, "why?".

"I am in love. I mean, with someone else".

You feel the crack of the ice in your chest. Then it becomes worse. It shatters.

But, it's okay then. As much as your wife can see on your face - smile. She doesn't know what's inside it.

Or, does she want to know?

You love her.

You are rude and mean if you stop you wife from being together with her beloved one - and he is not you.

Oh, what can you say. You can't stop her. For humanity.

You love her. You prove it. For humanity.

You can't stop her. She has the right.

But, you are her husband. You are not a man if you let her go.

But still, you refer to a law of a place you visit. Hoping that you can have the chance to save your marriage.

"I am sorry, sir. You have to prove that you love her so much. You have to let her go".

"But, why? I have the right. Isn't this institution is to uphold human right?"

"Of course, sir. But, sorry, it's the policy to serve everyone. First come, first serve. She said it earlier before you say no. She said you love her, that is all. Never say that you don't want her to leave you".

/(T_T)\

*
Ideologies.

When every human beings' desire collide and nobody wants to surrender... BUMP!

---AH...what a humane human right of humanity...

...without proper guidance.

The world is yours, but the world is not yours alone.

*
Ikut Hati, Mati,
Ikut Rasa, Binasa.

***

Friday 16 October 2009

mahu atau tidak?

kalau kita fikir kemampuan memahami kita sudah bagus, cuba ujinya di luar pagar kehidupan kita. amati siapa yang berada di sekeliling kita. golongan yang bagaimana arus pemikiran mereka? apa warna dan gaya pakaian mereka setiap hari? apa aktiviti herian mereka? telaah.

- perlukah kita peduli semua itu?

bagaimana kalau ia mengancam sahsiah dan gaya kita?

itu maknanya tidak sealiran.

- pasti?

*

kalau kita sudah jati, tak usah peduli semua itu.

*

ya tentang 'semua itu'...

hakikatnya, semakin tinggi helikopter kita dalam memantau keadaan sekeliling, semalin luas ruang yang kita nampak. dan begitulah, semakin besar ruang, semakin banyak jenis orang. maka ujilah daya kefahaman kita di setiap ceruk.

*

dalam satu teori psikologi, kita tentu mendapat maklum balas positif jika kita minta pendapat daripada golongan yang sekepala dengan kita.

pergilah jauh sedikit, jumpa orang yang berbeza sedikit yakni, golongan yang sentiasa berada di atas pagar. Lalu, ajukan soalan yang sama.

ketidakselesaanmu bercambah?

tentulah.

kerana kamu mempunyai hipotesis yang hanya kamu dan golongan sekepala dengan kamu setuju.

- jadi, apa perlu kita lakukan?

*

tanya kenapa golongan yang berada di atas pagar berpendapat begitu.

- ah!

tidak mahu? tak mengapalah. kamu tidak akan mati jika tidak berbuat begitu. tapi hidup kamu akan terus kelabu (tanpa kamu sedari kerana dungu).

*

ini baru langkah pertama.

***

Wednesday 11 March 2009

teka - teki lagi

how can a deputy prime minister becomes a vice prime minister once the prime minister resigns?

Sunday 8 March 2009

bloggers muslimah...

saya tahu muslimah, jiwa wanitanya mengheret dirinya memperagakan dirinya, hidupnya yang tersendiri melalui lubang-lubang pagar.

*

hati-hati sayang.

*

hidup yang tersendiri itu sebenarnya kunci kepada segala yang tersembunyi: sepatutnya KAUSEMBUNYIKAN.

*

bahumu bergesel dengan pagar dan kauberjalan dengan riangnya...

lalu...

ah!

kainmu terselak tersangkut di pagar.

*

muslimah...

kalau tiada apa-apa yang semasa dan 'non-privasi' untuk dikongsikan di blogmu, rehatkan saja blogmu dari masukan.

salam sayang.

-saya pun bloggers juga.

BALING KASUT

sayang seribu kali sayang

saya tak sempat ikut perarakan (dengan cara baik) ke Istana Negara semalam sebab kesesakan lalu lintas yang teruk dari Tol Sungai Besi. hampir jam 3 sampai tol tapi terperangkap selepas tol tu yang buat rasa nak menangis.

doa jelah.

*

takdir. terima.

*

saya fikir, kalau saya ikut sama dan turut kena sembur FRU dengan gas pemedih mata, memang saya ajak orang semua BALING KASUT kat diorang yang bertopeng realti mahupun maya ni.

Friday 6 March 2009

mari ke Istana Negara!

ini sekadar hebahan buat rakyat Malaysia yang ingin bergerak dengan tulang empat kerat memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu.

Kita akan berkumpul di perkarangan hadapan Istana Negara pada 7 Mac 2009, jam 2 petang untuk menyerahkan memorandum MANSUHKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI).

ini bukan sekadar perjuagan bangsa untuk mendapatkan ilmu...

bahasa jiwa bangsa.

*
pesanan dan harapan:

1. berjuang jangan hanya apabila perkara begini berlaku, jangan tunggu dipijak baru nak duduk tegak.
2. jagalah tatabahasa terutamanya di majlis rasmi - dialog, kelas.
3.kalau boleh, perbualan seharian pun kena jaga.
4. BANYAK PERBEZAAN ANTARA BAHASA ROJAK DAN DWIBAHASA.
5. tambah sendiri.

***

Friday 27 February 2009

definisi A L L A H

Malaysia to allow Christians to use 'Allah'
http://malaysia.news.yahoo.com/ap/20090226/tap-as-malaysia-allah-ban-b3c65ae.html

KUALA LUMPUR, Malaysia - The Malaysian government has softened an earlier ban on the use of the word "Allah" by Christian publications to refer to God and is allowing them to use it as long as they specify the material is not for Muslims, a church official said Thursday.

ceteknya ilmu saya, ada sesiapa yang sudi berkongsi pendapat?

Thursday 26 February 2009

saya salahkan ... ah, awak!

Virtual reality


This amusing confusin deluding illusion

This burnin hurtin piercing contusion

Runnin through the maze

Choking on the haze

Yeah…u and me

I’m saying ntune in with me

There’s something u gotta see

Turn off ur sight

Open ur mind

We’re goin for a ride

Through the illusion we call life

Ur pullin on Giordano

Green Day on my iPod nano

Hugo on ur baby-tee

Blue Reebok on my feet

Diamond Rado on my wrist

Rimmel lustregloss on ur lips

Pink shadow, blue mascara

Lets blow another 500 in Zara

Ridin in ur GMC

Lets burn some cash in Swarovski

Chandeliers, crystal drops

Oh its got all we want

Click! Flash! Yeah hot stuff!

An N-series is a must

Spiked, razored, gelled, Mohawk

Streaked, straightened loreal locks

Breathin on Counterstrike

MFS through the night

Prison Break, OC, Oprah Winfrey


saya ambil puisi ni dari Risalah Qasas as-Salam (March 2008/ issue no:19). credits to the boards of this bulletin.


*


see, once we abandon all these popular products from the west, we are doing another thing - changing ourselves.


do we ever realize that?


>>we only do, but can hardly realize that. that is why most of us are only able to SAY, not to PRACTICE. confuse? i mean, some of us are eager to boycott these imported products especially that become the source of Israelis fund. some of us stopped boycotting because - not really prepared to live a new life - living without them. and some of us, do it for some time, not permanently because - missing these stuffs! maybe they think like this , "oh, at least we tried".


*


jenama tak bersalah. tak patut, sebab jenama bukan ciptaan berakal.


bukankah kita sendiri, terutama umat Islam tahu bahawa musuh paling bahaya ialah nafsu? N A F S U


(agaknya ada orang menyampah dengan saya dek masukan-masukan saya bersifat agama begini. takpe. ini tugas manusia - khalifah di bumi Allah. tak perlu sempurna untuk menjalaninya. lebih baik daripada mencari kelemahan dan mengutuk orang)


baiklah, berbalik kepada nafsu tadi. kenal nafsu, kan? ya. dia setia amat pada hati dan akal kita.


selagi nafsu berdamping dengan kita, selagi itulah kita mencari jenama-jenama begini untuk sama-sama mendampingi kita.


*


jangan salahkan Amerika atau Israel kerana mengeluarkan produk dan mengeksportnya ke negara kita.


jangan salahkan mereka mengkhinzir buta.


***

Thursday 19 February 2009

telur ayam dan ayam: siapa dulu?

siapa dulu ni bukan tegal mereka berlumba-lari. mana boleh... tak boleh dibayangkanlah macamana telur ayam berlari. kalau telur ayam dibawa lari, masuk akal.

ini tentang teka-teki paling terkenal sejak dahulu kala. entahlah sejak bila, tapi yang pastinya saya sekolah rendah dulu memang dah ditanya soalan ni.

tak pernah ada yang jawab, sampai tahun 2001, saya belajar di sebuah institusi.

ustaz saya tanya soalan tu di kelas, "telur dan ayam, mana datang dulu?"

*
nak tahu?

setakat ni saya belumlah ketemu penjelasan saintifik. tapi berbiaskan kepercayaan kepada wahyu Allah, masuk akal.

jawapannya?

*

TELUR. diulangi, TELUR.

*

kenapa?

sebab dalam wahyu Allah tadi. kat mana?

dalam ma'thurat mudah nak jumpa.

"tukhriju al-hayya min al-mayyiti wa tukhriju al-mayyita min al-hayyi"
= Engkau menerbitkan sesuatu yang hidup dari suatu yang kaku/mati, sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup.

pendek kata, ayat ni sebenarnya adalah jawapan untuk semua makhluq.

*

mungkin ada yang mempertikai.

silakan.

*

1. hidupan adalah gabungan sel yang banyak.
- jadi? adakah sel-sel itu mati? mana ada... hehehe. sel yang membentuk satu tubuh manusia misalnya, adalah sel hidup. sel tak hidup, manusia tak menjadi.
- kalau nak disebut tentang janin pula, janin bermula sebagai kejadian yang tak bernyawa yakni mati dan sifatnya kaku.

2. ayat tadi, ada penyambung 'sebagaimana' yang apabila dipecahkan kepada dua ayat, faktanya masih berolak dalam satu bulatan (circular);
- mudah. dalam sastera arab, kedudukan ayat atau perkataan penting. ada ayat yang tak selari dengan sistem asas ayat bahasa arab sebab dalam bahasa arab, makna sangat penting dan bergantung pada fizikal ayat. maka, kalau 'Engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu yang kaku/mati' dahulu, ini bermakna kejadian kaku/mati diwujudkan dahulu.

*

begitulah... selesai sudah teka-teki misteri. ini penjelasan berdasarkan pemahaman saya, bukan ustaz tu (kang salah mampos saya).

anjuran: mari amalkan ma'thurat. berkat...

*jazakallahukhairankathira buat al-ustaz abdul latif (matrikulasi uiam, pj. Kuliyyah Bahasa Arab, 2001) - rakan sekelas dulu; harap ada yang sudi betulkan nama ustaz ni sebab saya tak ingat.

***

Thursday 12 February 2009

Masa muda (remaja) ada dua kali


'hamidah... muda remaja.
Hamidah... Ayu jelita...'
Memang dalam banyak-banyak lingkungn usia, masa muda yang disukai manusia, atau dalam al-quran, al-insan; al-dahri. Muda bukan sebarang muda, muda remaja saat dicita. Kalau dibelek majalah yang ada temu ramah seseorang sudah agak tua, biasanya mereka akan siarkan gambarnya semasa muda: sekitar 20-an. Maklumat gambarnya pula: "wajah jelita puan sabariah (contoh) semasa muda", "ketampanan sarjan mahmud (contoh) pada tahun pertama bertugas dengan tentera".
Teringat pula dengan kata-kata seorang kaunselor di tempat belajar dulu, "kalau sekarang awak rasa awak hodoh, sepuluh tahun nanti awak jauh lebih hodoh dari sekarang". Itulah, kata dialah. Betul juga, ada yang kurang tepat juga. Bagi saya betul sebab dalam hadith tentang kisah seorang tua menangis sebab dia dapat tahu hanya orang muda remaja je tinggal di syurga. Lalu Rasulullah pun menjelaskan, "betul- sebab semua penghuni syurga umurnya dalam lingkungan 18 ke 23 tahun. Yang sudah melebihi usia 23 tahun akan menjadi muda kembali". Orang tua tadi apa lagi, jadi seronoklah.
Masa muda remaja bukan hanya sekali - tapi dua kali; sekali di dunia, sekali di syurga; asalkan beriman dan bertaqwa pada Allah.

Tuesday 10 February 2009

Nasib


Kalau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, mesti yang kena maki seorang tua tu. Tamak sangat. Kebajikan rakyat tak seberapa.