Monday 25 April 2011

Kebebasan Bersuara

Kebebasan bersuara, sekarang menjadi satu perjuangan. Dahulu, kebebasan berfikir. Dalam kepala, bermain-main pula pemikirannya sehingga kita menjadi seronok melayani karenah benda yang kita fikir itu. 


Maka, dari kebebasan berfikir, muncullah perjuangan hak untuk bebas bersuara.


Di mana-mana sahaja manusia sibuk menyatakan pendapat masing-masing. Mereka didorong oleh kesedaran terhadap hak bersuara.


Bersuaralah.


*


Malangnya, ramai yang lupa...


Dari bersuaralah datangnya respon. Ramai yang lupa bahawa manusia bersifat responsif. Dari kebebasan bersuara maka, terkeluarlah segala yang pahit didengar atau diterima. Sudah tentu ada yang terkesan.


*


Kamu bersuara mengikut kehendak kamu. Kononnya berani. Tetapi, jika ada yang muncul memberikan pandangan negatif, anda melatah. Anda marah kerana menuduh mereka membantutkan hak kamu.


*


Maka, definisi kebebasan bersuara kekal menjadi persoalan. Selagi tidak menundukkan diri kepada panduan, selagi itu hak manusia tidak menemui titik pernyelesaian. Malah, kemahuan memperjuangkan hak untuk bebas bersuara sebenarnya hasutan nafsu untuk memenangkan diri-sendiri sahaja. Ia juga bermaksud ketidaksediaan manusia untuk menerima keadaan orang lain.


*


Kalau tidak diluahkan dengan telus, bagaimana?


Jangan ingat berkiasan menurut adab orang timur, mesej kita tidak kesampaian. Ya, ia memakan masa tetapi, kesabaran kita berbaloi juga. Erh...senangnya bercakap. Tentu ada penyelesaiannya. Belajarlah dengan orang tua dan beragama. Menyelami hikmah bersabar dan berbahasa sopan tidak pernah merugikan.


Harapnya kita tidak tenggelam dalam lautan hak kebebasan bersuara, ya.


***