Saturday 13 February 2010

pulang

MEMOIR DIRI:

BERKELANALAH.


TETAPI,


SESEKALI KAMU


MESTI PULANG.






(zuraima)

Wednesday 10 February 2010

Akan Merinduimu

ANICCA itu benar, walaupun saya muslimah dan ia teori ajaran Hindu.

*

1. Begitulah, tekadang takdir menguji pendirian;

2. Masukan sebelum ini - kita mesti ada kesediaan melepaskan segala yang kita miliki...meskipun payah;

3. Tekadang, malah biasanya kita tidak mendengar nasihat diri-sendiri sekalipun kita yang menasihati orang dengan nasihat yang sama;

4. Berbalik kepada #1: bapak saya dalam proses menggantikan keretanya sekarang dengan kereta baru kerana kereta sekarang enjinnya sudah tidak berapa elok - sudah tua..... :(

5. Teringat pula akan satu teori berkenaan manusia yang nazak - ketika itu semua memorinya terimbas dalam beberapa saat sebelum rohnya keluar dari jasad (betul atau tidak, kurang pasti, tetapi ia popular). Apabila diamati, isu pokoknya bukanlah soal kematian, tetapi perpisahan kerana kematian juga salah satu bentuk perpisahan. Tak setuju? Tak paksa... :P

>>Berbalik kepada hikayat kereta dan hasrat bapa saya tadi, saya pun mulalah mengimbas kenangan bersama kereta yang kami ada sekarang, sebelum ia disadaikan di estet kereta terpakai (di mana, entah..... sedihnya...). Benar, ia milik bapak saya, tetapi sayalah manusia yang paling kerap berdamping dengannya. Ada lebih kurang dalam 7 tahun. Sakit baik ia, saya jaga. Dari itu saya kenal beberapa pomen, tahu bagaimana jaga enjin kereta: siap tukar minyak hitam sendiri. :P ngahahaha (alahai angkat bakullah pula).

Perjalanan kami, walaupun tak sejauh ramai lagi orang yang hidup bergelandangan, tetapi bagi saya jauh juga. Walaupun tak habis satu Malaysia kami jelajahi bersama, tetap ada perjalanan juga. Saya pandu ia sampai ke Melaka... Perlis pun sudah. Kalau begitu, tentulah Perak, Kedah, dan negeri Sembilan pun ada sekali. Takkanlah kereta tu melompat dari Kuala Lumpur ke Melaka, atau ke Perlis. Pulau Pinang pula negeri yang paling kerap disinggahi: semenjak ia dengan warna asalnya. Dahulu, kereta ini bewarna putih, kemudian bapa saya tukarkan ia warna menjadi hitam. Pergh! Dari enjin CS4..6565 lama, ke enjin keduanya (CS4...6565 hehe) juga tegal kes keputusan 'timing belt'. Sekarang sudah ada ekzos baru, buat ganti ekzos lama yang berlubang sebesar dua ibu jari tangan.



Ya, semua kawan saya kenal akan kereta ini. Antara sebabnya adalah nombor platnya bermula dengan huruf Q; melungsuri jeraya dan lebuh raya di Tanah Malaya. Memecut sehingga 170++ km/j (itu sahaja kemampuanku) dengan enjinnya yang belum di'overhaul'. Ah, akulah perempuan bertubuh tak besar yang penuh gaya (buekkkk!) memandu mobil jelita ini. Jelita juga, walaupun enjinnya sudah tua dan menghasilkan bunyi bising. Pendek kata, kalau masuk UIA, semua orang tahu saya ada di UIA, termasuk pihak keselamatan UIA. Ah, mobil...sungguh, semuanya adalah kenangan manis. Maafkan aku kerana memecahkan punggungmu di tempat letak kereta KL Sentral kerana cuai mengundurkanmu sehingga terlanggar kereta di belakang (selepas insiden itu, bapak saya membebel, "nasib baik kereta tu tak ada apa-apa...dan tuannya pun tiada").



Apa lagi ya...? hmmm... Tak usahlah panjang-panjang. Ini diari saya. Sekali-sekala kongsi dengan orang lain di sini untuk menjelaskan teori-teori yang saya pegang sepanjang kelana yang hanya dihentikan dengan mati.

Nevertheless, at this particular time..."Mobil bapakku, aku sayang kamu."

***