Friday, 16 October 2009

mahu atau tidak?

kalau kita fikir kemampuan memahami kita sudah bagus, cuba ujinya di luar pagar kehidupan kita. amati siapa yang berada di sekeliling kita. golongan yang bagaimana arus pemikiran mereka? apa warna dan gaya pakaian mereka setiap hari? apa aktiviti herian mereka? telaah.

- perlukah kita peduli semua itu?

bagaimana kalau ia mengancam sahsiah dan gaya kita?

itu maknanya tidak sealiran.

- pasti?

*

kalau kita sudah jati, tak usah peduli semua itu.

*

ya tentang 'semua itu'...

hakikatnya, semakin tinggi helikopter kita dalam memantau keadaan sekeliling, semalin luas ruang yang kita nampak. dan begitulah, semakin besar ruang, semakin banyak jenis orang. maka ujilah daya kefahaman kita di setiap ceruk.

*

dalam satu teori psikologi, kita tentu mendapat maklum balas positif jika kita minta pendapat daripada golongan yang sekepala dengan kita.

pergilah jauh sedikit, jumpa orang yang berbeza sedikit yakni, golongan yang sentiasa berada di atas pagar. Lalu, ajukan soalan yang sama.

ketidakselesaanmu bercambah?

tentulah.

kerana kamu mempunyai hipotesis yang hanya kamu dan golongan sekepala dengan kamu setuju.

- jadi, apa perlu kita lakukan?

*

tanya kenapa golongan yang berada di atas pagar berpendapat begitu.

- ah!

tidak mahu? tak mengapalah. kamu tidak akan mati jika tidak berbuat begitu. tapi hidup kamu akan terus kelabu (tanpa kamu sedari kerana dungu).

*

ini baru langkah pertama.

***

2 comments:

Haizir said...

Berbeza itulah manusia. Kalau semuanya sama, itu rasanya mikroorganisma.

zuraima said...

yang membezakan manusia dengan manusia lain adalah DNA. tapi itu masih belum mampu menembusi alam metafizik. ya, kalau nak senang aplikasi sistem komunis dengan menyukat setiap keperluan rakyat, jadilah diktator rakyat mikroorgasnisma.