Wednesday, 11 March 2009

teka - teki lagi

how can a deputy prime minister becomes a vice prime minister once the prime minister resigns?

Sunday, 8 March 2009

bloggers muslimah...

saya tahu muslimah, jiwa wanitanya mengheret dirinya memperagakan dirinya, hidupnya yang tersendiri melalui lubang-lubang pagar.

*

hati-hati sayang.

*

hidup yang tersendiri itu sebenarnya kunci kepada segala yang tersembunyi: sepatutnya KAUSEMBUNYIKAN.

*

bahumu bergesel dengan pagar dan kauberjalan dengan riangnya...

lalu...

ah!

kainmu terselak tersangkut di pagar.

*

muslimah...

kalau tiada apa-apa yang semasa dan 'non-privasi' untuk dikongsikan di blogmu, rehatkan saja blogmu dari masukan.

salam sayang.

-saya pun bloggers juga.

BALING KASUT

sayang seribu kali sayang

saya tak sempat ikut perarakan (dengan cara baik) ke Istana Negara semalam sebab kesesakan lalu lintas yang teruk dari Tol Sungai Besi. hampir jam 3 sampai tol tapi terperangkap selepas tol tu yang buat rasa nak menangis.

doa jelah.

*

takdir. terima.

*

saya fikir, kalau saya ikut sama dan turut kena sembur FRU dengan gas pemedih mata, memang saya ajak orang semua BALING KASUT kat diorang yang bertopeng realti mahupun maya ni.

Friday, 6 March 2009

mari ke Istana Negara!

ini sekadar hebahan buat rakyat Malaysia yang ingin bergerak dengan tulang empat kerat memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu.

Kita akan berkumpul di perkarangan hadapan Istana Negara pada 7 Mac 2009, jam 2 petang untuk menyerahkan memorandum MANSUHKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI).

ini bukan sekadar perjuagan bangsa untuk mendapatkan ilmu...

bahasa jiwa bangsa.

*
pesanan dan harapan:

1. berjuang jangan hanya apabila perkara begini berlaku, jangan tunggu dipijak baru nak duduk tegak.
2. jagalah tatabahasa terutamanya di majlis rasmi - dialog, kelas.
3.kalau boleh, perbualan seharian pun kena jaga.
4. BANYAK PERBEZAAN ANTARA BAHASA ROJAK DAN DWIBAHASA.
5. tambah sendiri.

***