Thursday 20 November 2008

romantic suicide

PERJUANGAN sepasang kekasih tentunya pada cinta mereka dan akhirnya untuk hidup bersama. Tapi ada juga yang setakat kahwin beberapa bulan je. Lepas tu . . . mahkamah la jawabnye; yang penting diorang berjaya ke jinjang pelamin.

Tapi kes ni lain sikit; kahwinnya tidak. Saya tak tahu camne pendirian pihak berkuasa bidang agama di negara jiran kita sebab nampaknya banyak sangat cerita misalnya drama yang berunsurkan perkara tahyul. err, Malaysia, kita terkena sama, jangan lari! Kalau ada ustaz yang nak bikin album pun, jangan lupa jenguk tivi kita.
*
"when love is not madness, it is not love".

Ini adalah ungkapan terkenal di kalangan orang Sepanyol tentang cinta.

Salahnya, ada juga. Objektifnya, kalau ikut Imam Syafie, baik jangan terima sebab walaupun dalam sesuatu perkara mudaratnya cuma satu, baik haramkan saja. Begitulah.

Oleh itu, sekali kita masuk ke lembah cinta, akal kena bersedia. Pendek kata, sebelum berbuat sesuatu tak kira berkaitan agama atau tak, taubat dulu; sebab ada kisah seorang pemuda yang tak bertaubat dari perbuatan mencurinya menghadapi azab juga walaupun dia mati sebagai seorang syahid.

Berbalik kepada kisah cinta agung tadi, rata-rata pasangan menjadi bersemangat untuk melakukan apa sahaja demi cinta (kepada pasangannya); seperti kesanggupan Samsul Bahri membunuh Datuk Maringghi kerana ingin membalas dendamnya. Ini ala karya agung Shakespeare Romeo and Juliet.

Adegan itu ditayangkan dalam episod terakhir drama Sitti Nurbaya (19 november 2008) - babak watak utama Samsul Bahri (lakonan Ser Yozha Reza) melepaskan segala darah amarahnya yang membuak-buak kerana si jahat Datuk Maringghi telah membunuh isterinya sendiri yang juga kekasih Samsul Bahri. Mana taknya, Sitti Nurbaya (Nia Ramadhani) seorang gadis beriman (walaupun ke sekolah dengan 'skirt' paras lutut) dan berhati mulia dimiliki Datuk Maringghi cara jahat.

Semasa Samsul hendak menyuntik racun ke dalam tubuh Datuk Maringghi, terpancul soalan; betul ke budak ni? Ke dia saja nak psiko Datuk Maringghi? Kalau ikut era asal cerita ni dalam novel Citi Noerbaja, mungkin kita boleh terima sebab undang-undang zaman tu lain. Tapi, kalau betul picagari tu berisi racun, kan Samsul dikira pembunuh dan dia kena hadapi bermacam-macam prosedur mahkamah nanti?

Sudahnya dia suntik juga. Lepas tu dia ikat pula Datuk Maringgi dan sembunyikannya di dalam bilik mandi. Hero jahat. Nyatanya ini menurut Jeremy Bentham adalah Egoism; untungnya nipis, bahana ruginya berganda-ganda.

Lepas, tu Samsul larilah. Ke mana?

Maka saat tu saya terkejut; memang racun yang dia suntik.

Rupa-rupanya Samsul ke pusara Sitti Nurbaya. Berbekalkan satu lagi jarum suntikan berisi racun, dia dengan bodohnya meracunkan tubuhnya senidiri.

Hah? Alamak! Samsul, kamu orang islam... kamu sudah teruna! Kenapa buat begitu?

Maka itulah kegilaan Samsul.

*

Ya, sedang kita bising tentang sajak kematian (klik ini, ini dan ini) jangan lupa fikirkan bagaimana kematian itu berlaku. Cara baikkah atau tidak?
Kesalnya, kenapa drama begini seolah-olah tidak ditapis? Kenapa sentimen lain dilebihkan daripada sentimen aqidah? Bukankah Malaysia negara islam yang berpegang pada ajaran agama. Bahkan, membunuh diri itu bukan khilaf lagi suatu perbuatan yang berdosa besar. Paling tak tahan dalam drama tu, Samsul membunuh diri dan membayangkan Sitti Nurbaya menyambutnya dengan senyum manis. Waarrrrgggghhhh!!! Alang pemikir hebat seperti Socrates pun matinya yang sebegitu juga dikesali.

Maka, apa sebenarnya nilai yang hendak disampaikan melalui drama begini? Bukankah ia mengiyakan ungkapan 'matlamat menghalalkan cara' membabi buta?
Ya betul orang kita tahu berfikir dan tahu membezakan baik buruk sesuatu perkara. Tapi, benarkah semuanya begitu? Kalau adegan membunuh diri ditayangkan tanpa rasa bersalah - maka, itu dikira benar dan betul.
*
Sebagai peringatan, Samsul tak disambut oleh Sitti Nurbaya, tapi Malik.
Jangan.
***

5 comments:

Unknown said...

isunya adalah - majoriti drama dan filem yang ada adalah mengarut. period.

rudy bluehikari said...

penulisan y baik dan fakta.post d laman esastera.ruangan drama.

HaMas said...

besar tuntutan dakwah hari tok.. hmm.. mereshape otak miak yang rata-rata diracuni tv.. we all have to become mothers (including men) heheh.. maksudnya kita semua kenak jadi murabbi, pendidik.. bersabar dan belajar skili untuk mendidik corak remaja yang berbeza-beza

Anonymous said...

tenah fikir, apa terjemahan paling tepat untuk romantic suicide..

Unknown said...

salam maiyang, akak dah tinggal komen. Rupanya bila dilihat kembali tiada. Akak terpaksa buat blog baru di blogspot - semata-mata nak tinggalkan komen. Rupanya tiada!

Romantic suicide diwujudkan dalam cerita adalah terjemahan realiti. Cuma apabila si pembuat ceritanya org Islam, ia membuat kita terfikir apakah justifikasi jalan cerita yang sebegitu.

Novel tulisan seorg pelajar Islam jurusan Undang-Undang mengenai pelajar MRSM bertudung labuh cuba bunuh diri adalah contoh terdekat yang akak tidak boleh terima. Apatah lagi cerita spt Nurbaya yang dibuat di negara jiran yg menghalalkan perkahwinan Islam-Kristian - lebih jauh lagi tersasar.