Memang saya akui saya suka bertanya: kerana kadar ilmu itu infiniti.
Pandak kata: jelajahilah mana-mana ceruk ilmu yang kita temui, panjatlah mana-mana dahan ilmu yang kamu mahu sunting bunganya, asalkan punya pegangan yang pasti. Sila baca deskripsi blog ini kerana ia berkaitan.
*
Ini ada satu helai kain perca kecil yang saya tenun beberapa minggu lalu. Ketika itu saya sedang menelaah kecantikan sebuah lukisan indah. Harganya, tidak kurang dari RM 300. Dengan ilmu saya yang masih tohor amat pada dunia artis, saya bertanya lagi: kenapa harganya tidak murah?
Kalau tidak murah, maknanya untuk memiliki barang sebegitu memerlukan usaha agar mampu dari segi kewangan.
Kalau sudah dapat... erm...
Kita gantung di dinding rumah.
Sampai bila?
*
"kamU boleH memilikI segalA keindahaN yanG kamU mahU dI duniA, asalkaN di mindA daN jiwA kamU punyA kesediaaN yanG kukuH untuK melepaskannyA suatU masA nantI...
...makA, apakaH itU materialistiK namanyA?"
zuraimAmaiyanGsakinaH
DUN Kuching lama, 30/12/09'
***
Bacaan saranan: Pandangan Seorang Ustaz
No comments:
Post a Comment