Monday 27 October 2008

"wahai BM 1 & 2, Matematik dan BI...

... ada dengar tak, rumah UPSR korang nanti akan ada penghuni baru. Tak tahu lagi jadi ke tak, belum ada kata putus. Siapa? ohh..... nanti kalau jadi, sambutlah ia dan ucaplah, Selamat Datang Mata Pelajaran Sejarah!!!"

baca ni dulu:

oleh Hayati Ibrahim, 16okt2008.
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran sedang mengkaji dan menilai supaya mata
pelajaran Sejarah diajar secara khusus kepada murid sekolah rendah mulai
pelajar tahun tiga, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.
Beliau berkata, sukatan pelajarannya akan ditentukan selepas
perbincangan terperinci membabitkan semua pihak berkepentingan.
"Buat masa ini, kandungan kurikulum Sejarah di peringkat sekolah rendah
diajar dalam Kajian Tempatan iaitu satu mata pelajaran teras dalam
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) komponen yang mengandungi sejarah,
ekonomi, geografi, alam sekitar dan kejayaan negara Malaysia.
"Mata pelajaran ini adalah program pembelajaran di peringkat Tahap II
sekolah rendah iaitu tahun 4 hingga tahun 5, sementara peringkat sekolah
menengah, mata pelajaran Sejarah memang sedia diajar sebagai mata
pelajaran teras dan wajib bermula dari tingkatan 1 hingga 5," katanya
dalam kenyataan di sini, semalam.
Razali berkata, kementerian amat menyambut baik saranan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mata pelajaran Sejarah
dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah untuk memastikan
generasi muda mempunyai kefahaman mendalam mengenai sejarah negara.
Ia juga selari dengan Teras Pertama yang digariskan dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 apabila kementerian memberi
penekanan lebih khusus kepada usaha membina negara bangsa.
Ini kerana, katanya, unsur Sejarah mampu melahirkan murid
berpengetahuan mengenai hubungan mereka dengan masyarakat.


Ini rangkaan tuntas saya.

Elok la tu mata pelajaran sejarah diajar seawal darjah lima dan enam di sekolah. Banyak benda baik yang nampak.

Caranya, silibusnya belum diketahui lagi la. Saya pula berpendapat, silibus tingkatan satu dan dua diajar kepada pelajar darjah lima dan enam. Maknanya sampai tingkatan tiga, pelajar dah belajar sejarah Malaysia.

Hepp… budak tingkatan empat dan lima, mana mau pigi ha?

Korang akan belajar silibus baru laaa. Kah kah kah.

Ingat takde sejarah lagi ke kat dunia ni? Ada laaa… mesti ada punya.

Kan masa tingkatan empat dan lima, pelajar semua dah ada aliran pilihan sendiri. Tak pilih sendiri kurang-kurang berdasarkan ujian personaliti yang dikeluarkan oleh guru kaunseling sekolah dah tentukannya. Banyak bidang contohnya ICT, Sastera, Sains Tulen, Kejuruteraan di sekolah teknik, rekaan fesyen ditawarkan. Kan setiap bidang tu lain daripada yang lain.

Ok berbalik kepada mata pelajaran sejarah tadi, secara masuk akalnya semua perkara ada sejarah; tak terkecuali bidang yang ada di tingkatan empat dan lima. Jadi, apa salahnya kalau dalam tempoh tu, mata pelajaran sejarah dunia dan sejarah Malaysia yang telah dibawa kepada pelajar tingkatan dua dan tiga, digantikan dengan sejarah ICT misalnya. Sukatan begini mampu meningkatkan minat dan kesedaran di kalangan pelajar.

...jauhnyaaa pandangan...

Selain itu, pengetahuan yang mereka dapat boleh menjadi sumber ilham dan inisiatif mereka untuk terus mendalami ilmu itu dan mungkin boleh mewujudkan persaingan yang lebih pesat serta evolusi kepada kebaikan (dari segi ciptaan dan pemikiran) yang lebih pantas, juga jauh ke hadapan. Sejarah juga antara elemen terpenting dalam menjadi seorang pemikir. Lagi pun, di kolej dan universiti, pengetahuan tentang sejarah mengikut bidang (contohnya fakulti media massa, fakulti psikologi, fakulti falsafah) adalah mata pelajaran penting untuk menamatkan pengajian.

Dari aspek lain, sebenarnya menawarkan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya guru sejarah.

Harap-harap juga para pelajar boleh mengambil inisiatif ini untuk mengkolaborasikan ilmu sejarah dengan subjek lain terutamanya pengajian agama dan sivik.

Semoga Berjaya.
***

4 comments:

Anonymous said...

sejarah Islam jangan lupa lakk...

zuraima said...

caya cadangkan sejarah islam tak perlu dikhususkan kecuali bagi pelajar juruan agama islam di ipt. kat sekolah, cuma jadi silibus penting.

Saiee Driss said...

Anakanda Maiyang,
Kamek dah singgah di laman-laman dalam senarai kitak. Banyak yang diperolehi dan kamek semakin memahami kompleksiti kejiwaan kitak.

Sejahtera selalu.

roslan jomel said...

Salam kembali.

Padu, urang Sarawak tek.