Thursday, 19 February 2009

telur ayam dan ayam: siapa dulu?

siapa dulu ni bukan tegal mereka berlumba-lari. mana boleh... tak boleh dibayangkanlah macamana telur ayam berlari. kalau telur ayam dibawa lari, masuk akal.

ini tentang teka-teki paling terkenal sejak dahulu kala. entahlah sejak bila, tapi yang pastinya saya sekolah rendah dulu memang dah ditanya soalan ni.

tak pernah ada yang jawab, sampai tahun 2001, saya belajar di sebuah institusi.

ustaz saya tanya soalan tu di kelas, "telur dan ayam, mana datang dulu?"

*
nak tahu?

setakat ni saya belumlah ketemu penjelasan saintifik. tapi berbiaskan kepercayaan kepada wahyu Allah, masuk akal.

jawapannya?

*

TELUR. diulangi, TELUR.

*

kenapa?

sebab dalam wahyu Allah tadi. kat mana?

dalam ma'thurat mudah nak jumpa.

"tukhriju al-hayya min al-mayyiti wa tukhriju al-mayyita min al-hayyi"
= Engkau menerbitkan sesuatu yang hidup dari suatu yang kaku/mati, sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup.

pendek kata, ayat ni sebenarnya adalah jawapan untuk semua makhluq.

*

mungkin ada yang mempertikai.

silakan.

*

1. hidupan adalah gabungan sel yang banyak.
- jadi? adakah sel-sel itu mati? mana ada... hehehe. sel yang membentuk satu tubuh manusia misalnya, adalah sel hidup. sel tak hidup, manusia tak menjadi.
- kalau nak disebut tentang janin pula, janin bermula sebagai kejadian yang tak bernyawa yakni mati dan sifatnya kaku.

2. ayat tadi, ada penyambung 'sebagaimana' yang apabila dipecahkan kepada dua ayat, faktanya masih berolak dalam satu bulatan (circular);
- mudah. dalam sastera arab, kedudukan ayat atau perkataan penting. ada ayat yang tak selari dengan sistem asas ayat bahasa arab sebab dalam bahasa arab, makna sangat penting dan bergantung pada fizikal ayat. maka, kalau 'Engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu yang kaku/mati' dahulu, ini bermakna kejadian kaku/mati diwujudkan dahulu.

*

begitulah... selesai sudah teka-teki misteri. ini penjelasan berdasarkan pemahaman saya, bukan ustaz tu (kang salah mampos saya).

anjuran: mari amalkan ma'thurat. berkat...

*jazakallahukhairankathira buat al-ustaz abdul latif (matrikulasi uiam, pj. Kuliyyah Bahasa Arab, 2001) - rakan sekelas dulu; harap ada yang sudi betulkan nama ustaz ni sebab saya tak ingat.

***

2 comments:

Anonymous said...

persoalan asal kejadian memang sukar dibuktikan oleh saintis. kadang kala ia menjadi persoalan di tingkat ghaib. hanya Allah yang tahu.

tentang teka-teki itu, saya suka menjawab ayam: kerana kononnya pada zaman dahulu ada sekumpulan burung yang sudah letih terbang kerana berhijrah dari satu tempat ke tempat lain lalu membuat keputusan untuk menanggalkan beberapa helai sayapnya. apabila bangun pagi, sayap mereka telah hilang ditiup angin. jadilah mereka ayam.

:D

zuraima said...

ceehhhhh hahaha jawapan kitak ngingatkan kamek ngan Fabel Aesop. Kosmologi nak penuh ngan kisah teladan. By the way, thanks!